LOS ANGELES: Saga tindakan Will Smith menampar Chris Rock di majlis anugerah Oscars tempoh hari mungkin belum berakhir setelah pihak penganjur, Academy of Motion Pictures and Sciences, berikrar akan mengambil tindakan ke atas pelakon tersebut.

Persatuan itu kini menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak untuk melakukan sesuatu setelah tindakan ganas di atas pentas itu disaksikan jutaan penonton seluruh dunia, dan sehingga kini terus membayangi majlis anugerah penting bagi Hollywood itu.