Premium
Sahut cabaran susun MUZIK GENDANG
May 12, 2017 | 5:30 AM
BERPADU BUAT PALUAN: Tujuh anggota perintis Nadi Singapura yang akan menjayakan konsert 'Serentak 2: Not Much of Us Left' Ahad ini. Mereka ialah (belakang, dari kiri) Syafiq Halid, Eddi Gunawan Zahri, Noraini Abas, Nazri Johar dan Jumali Ismail, dan (depan, dari kiri) Faris Ithinain dan Nurzulkhairi Zulkepli. - Foto NADI SINGAPURA -
MEREKA bukan diberi peluang belajar bermain genderang sahaja, malah dicabar menggubah dan menyusun muzik gendang sendiri bagi konsert Nadi Singapura.
Tujuh anggota perintis kumpulan genderang tradisional Nadi Singapura sejak ia dibentuk pada November 2011 itu ialah Syafiq Halid, Jumali Ismail, Nurzulkhairi Zulkepli, Noraini Abas, Eddi Gunawan Zahri, Faris Ithinain dan Nazri Johar.

