TIDAK dinafikan lagu malar segar penyanyi berkumis dan awet muda, Datuk Nassier Wahab, masih bermain di fikiran ramai.

Undangan Rindu, Memori Cinta Luka dan Sekali Aku Jatuh Cinta antara lagu popularnya yang tidak jemu didengar berulang kali.