Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sajian karya filem pengarah serantau di 'Pesta Raya'

May 21, 2022 | 05:30 AM



PESTA Raya 2022 yang kembali selepas dua tahun beralih ke wadah digital menyaksikan usaha Esplanade Teater Di Pesisiran bekerja rapat dengan beberapa pengarah televisyen tempatan.



Menurut Cik Hanie Nadia Hamzah selaku Penerbit program di Esplanade, daripada 27 program termasuk tarian, teater, nyanyian, dikir barat dan bengkel-bengkel kesenian, pihaknya telah bergabung dengan pengarah televisyen untuk filem pendek buat Pesta Raya tahun ini.



"Filem-filem ini bertujuan untuk melibatkan juga penyokong kami dari luar negara yang tidak dapat datang sendiri ke Pesta Raya tahun ini, dan juga untuk mereka di rumah," terang Cik Hanie.



"Ini adalah kali kedua kami sertakan filem pendek dalam senarai program kami, termasuk karya pengarah jemputan dari rantau ini juga."



Pada tahun lalu, Esplanade bekerjasama dengan pengarah Sanif Olek, Faisal Ishak dan M. Raihan Halim untuk menghasilkan filem-filem antologi.



Ketika dihubungi Berita Harian tentang penglibatannya dalam produksi berjudul Translatekan, yang juga merupakan filem pendeknya yang pertama, Mahfuz Mazlan, seorang pengarah yang sudah menempah nama dalam penulisan dan arahan drama, mengaku proses pembikanan filem ini ada cabarannya tersendiri.



"Ia tidak mudah untuk saya menceritakan dalam masa yang begitu singkat. Saya tidak mahu jalan cerita atau wataknya mudah dilupakan begitu saja," kata Mahfuz, yang memilih untuk bekerjasama lagi dengan pelakon yang banyak menyokongnya, Suhailah Salam dan Bella Putri.



Mahfuz juga berkesempatan bekerja dengan pelakon veteran, J. Rosmini, untuk projek ini.



Untuk filem Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas, Helmindra J.A. Halim pula teruja dapat bekerjasama dengan ibunya sendiri, iaitu pelakon veteran, Aminah Ahmad dan kakaknya, Nina Halim.



"Saya sudah lama impikan bekerjasama dengan mereka, dan ini adalah peluang yang sangat baik," kata Helmindra, yang pernah memenangi anugerah untuk filem Naluri Ayah, yang dibintangi bapanya sendiri, Allahyarham J.A. Halim.



Sanif Olek pula telah menggabungkan dua 'dunia', iaitu dunia teater dan dunia filem menerusi Pulang Balik.



"Ruang bermain di pentas teater lain dengan ruang dua-dimensi dalam skrin. Saya juga cuba menginterpretasikan cerita ini dari sudut pandangan saya tanpa menjejas cerita asal,"jelas Sanif.



Filem-filem yang ditugaskan oleh Esplanade untuk penerbitan memberi fokus kepada identiti, budaya, tradisi, bahasa dan warisan.



Berikut adalah filem-filem yang dapat ditonton dengan percuma di laman Esplanade. Tayangan perdana pada 26 Mei, Khamis, 12 malam (tersedia dalam talian sehingga 12 Jun, Ahad, 11.59 malam)



TRANSLATEKAN



Arahan & karya: Mahfuz Mazlan



Sinopsis: Elia menemui sebuah buku puisi dan pantun Melayu yang ditulis oleh neneknya tetapi sukar untuk memahaminya.



Semasa dia meminta bantuan ibunya untuk menterjemahkannya, Elia mengetahui keindahan sajak dan menemui mesej yang hilang daripada neneknya.



Dibintangi oleh J. Rosmini, Suhailah Salam dan Bella Putri, Translatekan merupakan kisah penyatuan semula melalui keindahan bahasa dan tulisan.



TAK LAPUK DEK HUJAN, TAK LEKANG DEK PANAS



Arahan: Helmindra J.A. Halim



Karya: Zizi Azah



Sinopsis: Dari generasi ke generasi - semasa dia membesar, Alana Daud mempelajari semua tentang kebaya fesyen Melayu daripada ibunya. Kini, dia berkongsi keindahan warisan ini dengan anak remajanya sendiri.



RUMAH, RAHIM, MAHKOTA



Arahan & Karya: Kamila Andini (Indonesia)



Sinopsis: Dalam detik ketenangan dalam ruang domestik, wanita mencari cara untuk menguraikan diri mereka melalui pergerakan rambut dan teksturnya.



Rumah, Rahim, Mahkota ialah sebuah filem tarian yang meneroka kewanitaan dan pembebasan, mempersoalkan tempat wanita di dalam dan di luar rumah.



PULANG BALIK



Arahan: Sanif Olek



Karya: Adli Mosbit & Zulfadli Rashid



Harga tiket: $15 di cawangan Sistic



Sinopsis: Monolog Pulang Balik ini menghidupkan semula dua karya paling popular daripada arkib Projek Suitcase Teater Ekamatra, Mama Lekas Pulang dan Balik, yang kedua-duanya menyentuh tema kehilangan dan kerinduan. - RUBIAH MOHD




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >