Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambil buat lawak, sambil sampaikan mesej antidadah

Apr 8, 2019 | 5:30 AM
Foto WOODLANDS MAEC
Foto WOODLANDS MAEC -

MENGGABUNGKAN sketsa, lawak jenaka dan nyanyian daripada pelawak terkenal tanah air.

Para penonton di acara Teater Komedi - Temu Lawak di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy, anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands itu tidak kering gusi dengan persembahan pelawak termasuk Alias Kadir, Husin Saaban, Ariff Samsudin dan Zainal Ilhim (gambar atas).

Namun, ia bukan sekadar hiburan semata. Persembahan yang disampaikan mengandungi mesej bermakna.

Sebagai contoh, dalam salah satu sketsa yang dipentaskan, penonton diingatkan kepada mesej antidadah dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menyertai sekitar 400 penduduk dalam acara itu ialah tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin (gambar, tengah).

Beliau turut membuat penampilan khas dalam salah satu sketsa yang dipentaskan.

Kesimpulannya, penonton sangat terhibur dengan lawak jenaka yang dipentaskan veteran pelawak itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg