'Samping' buka peluang pengarah TV teroka dunia teater
Sastera Singapura dan penggiat kesusasteraan tempatan diraikan dalam satu pesta tahunan dan program pengenalan anjuran The Arts House. Diberi nama Textures, pesta ini dikomisyen bersama satu gerakan yang meraikan cerita-cerita Singapura #BuySingLit dan disokong Majlis Seni Kebangsaan (NAC). Kuasa dan keindahan kata-kata dalam menyampaikan gagasan tentang 'Cinta dan Kehilangan' bakal diteroka dalam pelbagai persembahan. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan bagaimana beberapa karyawan seni meluahkan emosi dan kata-kata dalam pesta ini.
ALANGKAH terkejutnya pengarah filem Banting, M. Raihan Halim, apabila pelakon Norman Ishak tiba-tiba menitiskan air mata sambil memegang kain samping milik arwah ayahnya di sesi latihan teater pertama.

