Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sanisah Huri penuhi harapan peminat, buka cerita 'Si Baju Hijau'

Oct 5, 2022 | 8:04 PM
PERHIMPUNAN BINTANG LEGENDA: Acara pertemuan Sanisah Huri (tengah) bersama peminat di Anggun On Stevens turut menyatukan ramai artis legenda seperti J. Mizan (kanan) yang mendapat tepukan gemuruh kerana masih mengekalkan suara merdunya. Bersama mereka adalah pengacara Noreha Bajuri. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
PERHIMPUNAN BINTANG LEGENDA: Acara pertemuan Sanisah Huri (tengah) bersama peminat di Anggun On Stevens turut menyatukan ramai artis legenda seperti J. Mizan (kanan) yang mendapat tepukan gemuruh kerana masih mengekalkan suara merdunya. Bersama mereka adalah pengacara Noreha Bajuri. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

SEJURUS mendengar khabar beberapa peminat yang hadir di 'Konsert Sanisah Huri - Pelayaran Seni Lima Darsawarsa' di Esplanade pada Julai lalu kecewa kerana tidak dapat bergambar dengannya, biduanita legenda Sanisah Huri dan pihak pengurusannya langsung merancang satu pertemuan khusus buat mereka. Sambil menjamu selera beriani dam dan pencuci mulut seperti bubur pulut hitam, hampir 250 orang berkumpul di dewan Anggun On Stevens di Stevens Road, Sabtu lalu (1 Okt), untuk menikmati sajian hiburan bersama Sanisah yang masih kelihatan anggun pada usia 70 tahun. Pertemuan santai tempohari ibarat satu perhimpunan semula bintang 1960-an, 1970-an dan 1980-an seperti A. Romzi, J. Mizan, Maria Bachok, A. Razak, Junainah M. Amin, Jun Abdullah, Hamidah Wahab, Mahani Mohd, Rahimah Rahim dan Rozie Rahim. Turut terbang ke Singapura dari Kuala Lumpur adalah penggubah lagu S. Atan yang mengiringi persembahan Sanisah dalam beberapa lagu nostalgik. Pengacara dan deejay Warna 942, Noreha Bajuri, merupakan pengacara yang menyingkap jalan kenangan Sanisah dan berkongsi beberapa trivia menarik yang tidak diketahui sebelum ini. Ini termasuk lamaran pihak Astro menerusi ketua juri Gegar Vaganza (GV), Datuk Ramli MS, bagi Sanisah menyertai musim kesembilan program itu, sesuatu yang beliau tolak kerana faktor usia. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (6 Okt).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg