Premium
Sanjung budi penyanyi latar
Sep 11, 2019 | 5:30 AM
SALING RAIH ILMU: Penyanyi dari tiga generasi berbeza (dari kiri), Siti Zaharah Mahmud, Kamaliah Latiff dan Nursaliza Salleh (Chacha), saling menimba pengetahuan daripada satu sama lain dalam melestarikan khazanah lagu filem Melayu klasik. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
ANAK seni Singapura, Nursaliza Salleh atau dikenali sebagai Chacha, teringat tempoh beliau kerap diusik dan disindir teman sebaya yang hairan mengapa lagu Melayu tradisional menjadi santapan halwa telinganya.
Namun, setelah mengharungi perjalanan seni penuh berliku, malah menjuarai peraduan Juara Asli Singapura pada usia 13 tahun, Chacha, kini 39 tahun, bersyukur dapat menanam cinta pada muzik tradisional.

