NEW YORK: Pada malam Tahun Baru 2022, pelakon terkenal Amerika Syarikat, Sarah Jessica Parker, sedang menatal Instagram apabila satu video menarik perhatiannya.

Video tersebut memaparkan tiga juri ‘Booker Prize’ – iaitu bagi anugerah sastera terkemuka Britain – yang berbicara tentang cabaran membaca 170 novel dalam tujuh bulan untuk memilih calon terbaik.