Sebilangan warga Singapura kini lebih bersedia menggunakan alat digital untuk mengintip dan menjejak gerak-geri pasangan mereka.

Sekitar satu dalam empat individu, mengaku telah memasang alat pengintip pada telefon pasangan – kerana timbul rasa kurang percaya dalam hubungan percintaan mereka.