Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU

Sayap Wings terus ditebar dengan vokal mantap Awie

Konsert ‘Wings - The Rock Emperor’ semarakkan cinta peminat pada irama rok ‘Sejati’
Aug 01, 2023 | 05:30 AM



Sorakan lebih 4,000 penonton dan tepukan ghairah peminat setia band legenda Wings mengisi ruang The Star Theatre pada Sabtu lalu. Wings memang tidak menghampakan peminat dengan persembahan mereka yang ditunggu-tunggu selama ini.

Wings yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Wings - The Rock Emperor’ memang band yang malar segar. Tiada yang jenuh menyaksikan mereka walaupun baru tahun lalu mereka dijemput khas untuk menyerikan Konsert Formula 1 (F1) pada hujung September lalu disusuli konsert di Esplanade pada permulaan Oktober 2022.


Konsert terkini ini bermula dengan nostalgia yang terakam dan disajikan kepada penonton untuk menceritakan tentang sejarah kumpulan itu. Kumpulan Wings yang ditubuhkan pada 1985 telah banyak melalui perubahan daripada segi anggotanya.

Namun begitu, kumpulan ini telah membuktikan ia dapat bertahan dan kini muncul lebih teguh dengan gabungan pemain baru dan lama.

Apabila tirai konsert dibuka, penyanyi utamanya Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman muncul dengan tanjak songket berwarna kuning diraja. Sejurus sahaja Awie mendekati mikrofon dan mendendangkan lagu pertama Romania, seisi dewan terpukau.


Memang tidak boleh dinafikan, persembahan Awie mantap dan beliau tidak ada masalah mencapai nota tinggi yang dikehendaki bagi kebanyakan lagunya. Suaranya bergema sepanjang konsert, dengan hampir tidak ada masa berehat selama sejam setengah sebelum sesi konsert direhatkan seketika.

Tentunya, ramai peminat menanti-nantikan lagu balada mereka yang pernah menduduki carta hit seperti Taman Rashidah Utama, Sejati, Misteri Mimpi Syakilla dan lain-lain lagi.


Peminat rok, khususnya, peminat Wings memang tidak dihampakan pada malam itu. Malahan, sambutan baik itu dibalas dengan persembahan tambahan 30 minit oleh kumpulan legenda itu.

Wings mempersembahkan 17 lagu keseluruhannya daripada album lama dan juga lagu terbarunya, Dubuk Liar yang merupakan runut bunyi (OST) untuk filem pertama terbitannya.


Salah seorang penonton konsert yang juga merupakan penaja buat konsert itu, Cik Hilwah Brown, pengasas syarikat agensi pembantu rumah, Hilwah Maid Agency Pte Ltd, berkata :

“Kami teruja dapat ikut serta menaja kumpulan ini kerana telah mengenali lagu-lagunya sejak masih muda lagi. Awie bukan sahaja penyanyi yang baik, malah beliau dapat menarik perhatian peminat dengan gurau sendanya di pentas, yang membuat semua orang terhibur.”

Singapura ternyata sangat istimewa buat Awie dan kumpulan Wings bahkan dianggapnya sebagai rumah kedua, kata Awie sewaktu bersenda di pentas.

Telatahnya pada malam itu memang mencuit hati penonton yang terhibur dengan gelagatnya yang suka bersenda.

Awie mengakhiri kemuncak konsert dengan lagu Gemuruh yang pernah dipopularkannya dulu, atas permintaan ramai.


“Wings kali pertama menjejakkan kaki di Singapura pada 1987 di Sentosa,” tambahnya.

Pada 1988, Wings memenangi lapan anugerah pada Anugerah Muzik Singapura – termasuk Kumpulan Rok Terbaik, Penyanyi Terbaik, Pemain Dram Terbaik, Lagu Terbaik..

Pandemik telah memisahkan Wings daripada Singapura untuk seketika, jelas Awie mengimbas semula konsert terakhir Wings di Singapura pada 2015.

Wings diterajui Awie bersama dengan Black (Dram), Eddie (Bass Gitar) Sham (Gitar) and Edrie Hashim (Gitar).

Konsert ini dianjurkan MSN Event Management.

Menurut pengurus MSN Event Management, Cik Aynn, pihaknya berpuas hati, penonton agak kagum dan terpesona dengan persembahan Wings dari mula hingga akhir persembahan.

Moga sayap Wings terus ditebarkan ke skala yang lebih tinggi bagi persembahan selanjutnya kerana peminat setia Wings takkan pernah jemu dengan sajian hiburan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >