SEBAGAI seorang ibu, pelakon Scha Al-Yahya pasti berfikir jauh, apatah lagi apabila ia berkenaan anaknya.

Pelakon dan pengacara jelita berusia 33 tahun itu berkongsi dengan laman akhbar Utusan Online bahawa beliau sudah memikirkan tentang anaknya, Lara Alana, sejak anak itu dalam kandungan.