Premium
'Scream' berjaya jatuhkan 'Spider-Man'
Jan 26, 2022 | 5:30 AM
FRANCAIS FILEM: Filem 'Scream', lakonan (dari kiri) Neve Campbell, Courtney Cox dan David Arquette, menumpaskan filem 'Spider-Man: No Way Home' dari carta 'box office' Amerika. - Foto AFP -
LOS ANGELES: Filem Scream, yang menghidupkan semula francais filem seram itu, berjaya menjatuhkan filem Spider-Man: No Way Home daripada persada carta box office Amerika dengan merangkul AS$30.6 juta ($41.3 juta).
Scream dianggarkan meraih pendapatan AS$35 juta sepanjang empat hari-cuti hujung minggu di Amerika baru-baru ini, satu pencapaian menakjubkan memandangkan filem itu hanya menelan belanja AS$25 juta untuk dihasilkan.

