Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Search rancang bukukan kisah jatuh bangun

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



AMY Search berhasrat mengabadikan perjalanannya bersama rakan seperjuangan dalam naskhah berbentuk biografi untuk dijadikan tatapan umum.



Jika diselak lembaran sejarah band ini, sememangnya sarat dengan pelbagai kisah yang mampu memberi inspirasi dan pedoman buat sesiapa sahaja.



Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman, 64 tahun, berkata mereka masih dalam usaha merealisasikan impian itu.



"Biografi itu sedang dalam pembikinan dan masih dalam proses mengumpul bahan atau kandungan.



"Sebenarnya, boleh dikatakan kerja sudah selesai dalam beberapa tahun sebelum ini. Bagaimanapun, buku ini masih dalam fasa suntingan dan hanya menunggu masa sesuai untuk dilancarkan," katanya kepada media Malaysia.



Amy merancang menganjurkan pameran memaparkan sejarah Search di lokasi yang menjadi titik permulaan bertapak iaitu Komtar JBCC.



Amy berbangga apabila Search menjadi band rok yang dianggap pencetus kepada perubahan dalam landskap muzik Malaysia.



Amy berkata lagu seperti Rozana dan Meniti Titian Usang yang kerap dimainkan suatu ketika dahulu, mencetuskan aliran muzik baru dan popular.



"Mula-mula kami berada di Kuala Lumpur, ketika itu sangat popular dengan blues, reggae, pop dan jaz.



"Jadi, kami ubah landskap muzik menjadi rock n roll, walaupun tanpa album.



"Selepas itu, barulah muncul pelbagai band rock di Malaysia. Label muzik (syarikat rakaman) mula menandatangani kontrak dengan penyanyi rock baharu, sekali gus memeriahkan industri muzik rock negara.



Sepanjang berkarya, Search menerima pelbagai pengiktirafan antaranya Penyanyi Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 1987; Penyanyi Berkumpulan Popular ABPBH 1989; Bintang Paling Popular ABPBH 1989 dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH Ke-26 iaitu pada 2013.



Selain itu, Search meraih Anugerah Juara Lagu (AJL) 1989 menerusi lagu Isabella dan Anugerah Khas, Anugerah Planet Muzik (APM) 2008.



Namun ia sering dilanda pelbagai kontroversi dan isu dalaman sehingga mengakibatkan ahli kumpulan berpecah dua, Search kini dibarisi Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >