Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Sebar ilmu menerusi Pesta SkillsFuture

Jul 24, 2018 | 5:30 AM
KONGSI TIPS MAKANAN SIHAT: Konsultan Makanan Cef Mazlan Boyamin (berbaju hitam) dari Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF) berkongsi ilmu tentang makanan sihat dengan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (kanan) yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East. Cef Mazlan mengendali beberapa kursus pemakanan dalam siri Shiok Persatuan Rakyat (PA). - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER
KONGSI TIPS MAKANAN SIHAT: Konsultan Makanan Cef Mazlan Boyamin (berbaju hitam) dari Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF) berkongsi ilmu tentang makanan sihat dengan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (kanan) yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East. Cef Mazlan mengendali beberapa kursus pemakanan dalam siri Shiok Persatuan Rakyat (PA). - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -

Sebagai sebahagian daripada Pesta SkillsFuture, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East telah menganjurkan acara 'Raikan Ilmu@South East' di Wisma Geylang Serai Sabtu lalu. Sekitar 3,000 pengunjung menghadiri acara yang diadakan buat julung-julung kalinya. Acara tersebut melibatkan 15 agensi pemerintah dan pertubuhan setempat. Sementara itu, CDC South West turut menganjurkan Pesta SkillsFuture@South West kelmarin yang menawarkan lebih 400 peluang latihan dan kerjaya. Sekitar 800 pengunjung hadir untuk mendapatkan maklumat tentang bidang yang ditawarkan seperti penjagaan bayi, gubahan bunga dan kerja membaiki paip. Menerusi kededua acara ini, ia juga memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk mendapatkan maklumat terkini tentang peluang menjalani latihan serta mempertingkat taraf kemahiran seperti hal kewangan, pendidikan dan latihan yang berterusan. BERITA HARIAN (BH) mengongsi gambar kegiatan yang berlangsung di kededua acara tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg