Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebutan kes cerai: Pelakon Siti Saleha, suami hadir di mahkamah

Oct 13, 2021 | 4:58 PM
Foto FAIL LAMAN ROTIKAYA
Foto FAIL LAMAN ROTIKAYA -

PETALING JAYA: Spekulasi masalah rumah tangga pelakon Siti Saleha semakin menjadi sebutan selepas pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pagi Rabu (13 Oktober).

Siti Saleha, 31 tahun, selaku plaintif muncul di mahkamah tersebut bagi prosiding sebutan kes perceraiannya, lapor laman Utusan Online.

Prosiding yang berlangsung sekitar 10 pagi itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Turut hadir adalah suaminya, Ahmad Lufti Azhar, 35 tahun

Teka-teki berkenaan isu rumah tangga pelakon itu belum terjawab memandangkan Siti Saleha sendiri setakat ini tidak berkongsi berhubung hal peribadi kepada umum.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pelakon drama terkenal 7 Hari Mencintaiku ini kali terakhir dilihat memuat naik gambar bersama suami adalah sekitar awal tahun ini.

Siti Saleha mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lufti pada 28 Julai 2017.

Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata. - Utusan Online

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg