Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Sejuta Kata' buka potensi dua sahabat ke pentas muzik M'sia

Hazrul Nizam, Diana Nazyra bakal lancar 'single' duet pertama mereka pada 23 April
Apr 05, 2023 | 05:30 AM



TELAH 20 tahun mereka bersahabat - dan tidak kekok saling berkongsi kisah suka duka.



Telah biasa juga mereka berkongsi pentas ketika membuat persembahan di pusat-pusat hiburan tempatan.



Bahkan pasangan sahabat itu - penyanyi Hazrul Nizam dan Diana Nazyra - telah lama juga merancang untuk merakamkan lagu duet, tetapi kerana kesibukan masing-masing, hasrat asyik tertangguh-tangguh.



Namun usaha yang tertangguh itu ternyata banyak hikmahnya.



Ini kerana apabila rancangan untuk merakamkan 'single' duet pertama mereka akhirnya tercapai, hasilnya membuka pintu yang lebih luas untuk Hazrul dan Diana meneroka pelbagai potensi yang boleh mengembangkan kerjaya seni mereka.



Betapa tidak, 'single' duet yang dirakamkan itu, berjudul Sejuta Kata, dihasilkan oleh pasukan yang bukan calang-calang. Lagunya dihasilkan oleh penyanyi dan penggubah terkenal Malaysia, Hazama dan Omar K. Bahkan Omar K juga bertindak sebagai penerbit.



Tentu sekali ia bakal mendapat posisi yang lebih meyakinkan memandangkan Hazrul kini sudah dikenali di Malaysia selepas penyertaannya dalam Gegar Vaganza ke-9 (GV9) pada 2022.



Ketika ditemui Berita Harian, Hazrul berkata rakaman Sejuta Kata telah dibuat di studio World Peace Entertainment di Kuala Lumpur sebelum Ramadan.



"Dah lama kami rancang dah rakamkan lagu duet, tetapi asyik tak jadi sebab kami masing-masing ada kerja sendiri. Tetapi kalau dah rezeki, semuanya dipermudahkan.



"Selepas mendapat pendedahan yang baik di GV9, saya memang ada terima tawaran untuk rakam lagu di Malaysia. Tetapi saya mahu buat dulu lagu duet dengan Diana dulu kerana kami dah rancang lama. Saya beritahu Diana, sebaiknya kita rakamkan lagu itu di Malaysia dan menggunakan khidmat penggubah di sana agar lagu itu lebih mudah masuk pasaran Malaysia,'' kata Hazrul yang popular dengan lagu Kaulah Segalanya ciptaan Mayuni Omar.



Diana yang berkebolehan menggubah dan menulis lagi, bersetuju kerana menyedari lagu yang digubah dan diterbitkan di Malaysia berpeluang disertakan dalam program popular seperti Muzik Muzik, Anugerah Juara Lagu dan sebagainya.



"Atas saranan beberapa kawan termasuk Daly Filsuf, kami ditemukan dengan Hazama. Saya sangat suka lagu yang diberikan Hazama kerana ia mempunyai dinamika yang tersusun cantik. Sesuai dengan jiwa saya.



"Kemudian, Omar K yang memang rapat dengan Hazama, berminat untuk menjadi penerbit kami. Jadi kami tak payah bersusah payah memikirkan soal bajet dan perancangan promosi lagu," tambah Hazrul, 42 tahun.



Omar K sebelum ini pernah menerbitkan album penyanyi Faizal Tahir, Stacy, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.



Diana, yang sebelum ini banyak merakamkan lagu-lagu berirama tradisional mengakui seram sejuk apabila pertama kaki memasuki studio di Kuala Lumpur.



"Selalunya masuk studio, saya rakam lagu gubahan sendiri. Tetapi kali ini, saya nyanyi lagu penggubah lain. Seram sejuk kerana bimbang persembahan saya tidak memenuhi jangkaan penggubah dan penerbit. Tetapi pengalaman bekerjasama dengan karyawan muzik yang berpengalaman dan profesional, sangat luar biasa dan amat saya hargai," kata Diana yang pada 2022 menghasilkan beberapa lagu Hari Raya, antaranya Trio Beraya (nyanyiannya bersama Rosalina Musa dan Dhwan Abu).



"Alhamdulillah, Omar K memberi maklum balas yang baik dan berkata suara saya ada identiti tersendiri... tak terikut-ikut suara penyanyi popular di Malaysia," kongsi Diana, ibu tiga orang anak.



Pada Februari, beliau dan suaminya, Razzaq AN'Ardzy, melancarkan lagu duet mereka, Ikrar Cinta.



Diana dan Hazrul juga rasa bertuah kerana mendapat sokongan usahawan Hilwah Brown yang membantu dari segi promosi dan pemasaran.



Selepas lagu duet dengan Diana, kata Hazrul, beliau dijangka menghasilkan satu lagi duet, kali ini dengan seorang peserta GV9. Beliau juga dijangka akan menghasilkan lebih banyak rakaman lagu baru jika semua perancangan berjalan dengan baik.



"Peluang untuk saya meneroka pasaran muzik di Malaysia memang sudah terbuka luas, cuma saya sibuk di Singapura. Selain itu, saya kena realistik dalam soal memantapkan ekonomi... banyak undangan menyanyi tak semestinya bayarannya lumayan berbanding dengan pendapatan kerja di Singapura," kata Hazrul, yang juga seorang ejen hartanah sepenuh masa di sini.



Hazrul yang kini berpengalaman menyanyi di pentas besar di Malaysia, mengakui telah menasihatkan Dian untuk bersedia dengan cabaran-cabaran baru seandainya lagu mereka berjaya di seberang.



"Dunia hiburan kadangkala kejam. Saya beritahu Diana bahawa permainan dunia hiburan di Malaysia sangat berbeza dengan Singapura. Jangan mudah terganggu dengan kritikan dan serangan di media sosial. Kena belajar bertenang dan tepis benda-benda negatif, jangan mudah tertekan," kongsi sang sahabat.



Lagu Sejuta Kata dijangka dilancarkan pada 23 April di pelbagai wadah digital dan media sosial. Video muzik lagu ini akan juga dapat ditontoni di YouTube.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >