Ramadan yang bakal menjelang esok akan disambut dengan kelainan buat beberapa bakat seni Singapura yang juga usahawan. Jika sebelum ini mereka dapat mengendalikan gerai di bazar 'trendy' sempena Ramadan, langkah ketat yang dikenalkan bagi meniadakan bazar tahun ini ekoran penularan wabak Covid-19 mendorong mereka mengusahakan kelainan. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.

BAHANG mengendalikan gerai burger rendang dan 'char kuay' di Bazar Raya Geylang pernah dirasakan penyanyi dan pelakon Singapura, Ikah Jamil, sewaktu meniti usia remaja dahulu.