PELAWAK terkenal Malaysia, Harith Iskander, bersama bintang Asia lain turut serta dalam rancangan Celebrity Car Wars musim kedua, yang dirakamkan di pelbagai tempat di Filipina.

Rancangan realiti hiburan terbitan A+E Networks Asia itu akan ditayangkan di saluran History Asia dan menampilkan enam selebriti popular yang diuji dalam cabaran memandu dan pengetahuan mereka tentang kenderaan selama lapan minggu.