Lawak jenaka yang disajikan pelawak ‘stand-up comedy’ atau komediri dari Afrika Selatan, Masood Boomgaard, bukan sekadar untuk membuat anda tergelak tanpa henti.

Sebaliknya, apabila Masood, 30-an tahun, tampil sebagai persona keduanya, Self-Help Singh, beliau mempunyai pesanan serius tentang kesihatan dan kesejahteraan mental di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian yang ingin disampaikan kepada penonton.