Premium
Semangat bikin filem sutradara Garin diiktiraf
Dec 5, 2017 | 5:30 AM

MELIHAT MASA DEPAN CERAH: Garin Nugroho yang menerima Anugerah Kehormat di Anugerah Silver Screen Sabtu lalu, yakin dunia perfileman Indonesia akan bersemarak dengan idea kreatif dan eksperimental di masa akan datang. - Foto BH oleh HARYANI ISMAIL -
Pesta Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) 2017 melabuhkan tirainya kelmarin dengan penghormatan diberi kepada industri filem Indonesia. Di acara kemuncak Anugerah Silver Screen yang berlangsung di Grand Theatre, Marina Bay Sands Sabtu lalu, dua pengarah Indonesia diberi penghargaan. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) menemui sutradara mapan, Garin Nugroho dan pengarah muda, Makbul Mubarak. Ikuti laporannya.
WALAUPUN Garin Nugroho merupakan sutradara kelahiran Yogyakarta, Indonesia, Singapura kekal dekat di hatinya.

