Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Semangat 'satu kampung' Orkestra Sri Temasek kembali

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



KEBIASAAN bergerak dalam kumpulan penuh seramai 25 hingga 30 orang bagi setiap persembahan merupakan sesuatu yang amat dirindui anggota Orkestra Sri Temasek (OrST) dalam tempoh pandemik.



Disebabkan sekatan langkah pengurusan selamat Covid-19 yang berkuat kuasa, OrST terpaksa membuat persembahan dalam kumpulan kecil antara tiga hingga lima orang sahaja.



Lantaran itu, pengumuman bahawa tiada had lagi pada jumlah pemuzik yang dapat membuat persembahan 'live' dalam semua keadaan dan di semua tempat sejak 29 Mac lalu merupakan perkara yang disyukuri OrST yang bernaung di Kelab Masyarakat Tampines West.



Ketika dihubungi, Pengasas Bersama dan Presiden Orkestra, Encik Hanafi Idrus, yang lebih dikenali sebagai Afi Hanafi, menjelaskan beliau dan rakan OrST kini lebih bersemangat merancang kegiatan selanjutnya.



"Tempoh mencabar itu kami harungi dengan tabah sebab jumlah persembahan menurun dan hampir tiada.



"Harapan kami keadaan akan kembali seperti sediakala atau lebih baik lagi selepas ini.



"Antara yang kami syukuri adalah peluang memenuhi undangan untuk membuat persembahan bagi rakaman rancangan televisyen Suria, Sinar Lebaran.



"Kami juga sempat terlibat dalam rakaman rancangan Nadaria Raya buat Kelab Masyarakat Tampines West," jelasnya.



Terlibat dalam rakaman rancangan Sinar Lebaran merupakan satu penghormatan buat penggiat seni muzik Melayu tradisional di OrST.



Mereka mengiringi beberapa penyanyi muda seperti Azra Zulaikha dan Liwani ataupun yang mapan, Yanni Bakri dan Elfee Ismail.



Finalis Suara 2.0 Wisma Geylang Serai (WGS), Danial Baharin, dan finalis Anugerah, Ace Iskandar, juga berpeluang menyanyi lagu Lebaran sambil diiringi permainan muzik OrST.



Kumpulan-kumpulan kecil OrST pula berpeluang terlibat dalam persembahan digital dan 'live' di Esplanade dan Panggung Victoria sebelum ini.



"Kami juga dapat menghadirkan diri pada acara River Hongbao di Gardens by the Bay, Hari Warisan yang kali pertamanya diadakan di Taman Warisan Melayu dan Alunan Nusantara di Wisma Geylang Serai (WGS)," ujar Encik Afi.



Cukup menggembirakannya kerana acara budaya Melayu dan silang kaum dapat terus mekar meskipun pada skala lebih kecil sewaktu pandemik.



Peluang menimba ilmu juga jalan terus.



"Pemuzik kami yang mempunyai pengetahuan tentang penerbitan seperti merakam, menyunting audio dan video tampil berkongsi ilmu dengan anggota yang lain.



"Ini membuatkan mereka lebih memahami proses dan tugasan dalam sebuah penerbitan digital lantas akan memudahkan OrST menghasilkan penerbitan digital sendiri.



"Selepas pengalaman kami mengusahakan program digital sewaktu pandemik, rasanya kedua-dua acara fizikal dan digital ataupun konsep hibrid dengan acara fizikal dan digital dikendalikan serentak dirasakan perlu buat tahun-tahun mendatang.



"Ia malah patut dimanfaatkan bagi tujuan penyebaran dan melatih anggota kami untuk mengurus OrST dalam suasana gelanggang yang berbeza," tambahnya.



OrST kian berkembang dengan adanya anak muda Melayu pencinta seni yang beralih daripada muzik klasikal kepada muzik tradisional untuk sama-sama mewarnai persembahan kumpulan ini.



Encik Afi mengharapkan konsert tahunan dan pesta muzik yang terhenti kerana pandemik dapat diteruskan lagi selepas ini dengan misinya dan rakan-rakan terus memasyarakatkan budaya dan tradisi Melayu sesuai dengan keperluan zaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >