Apabila sudah mencecah usia lewat 20-an tahun dan sudah beberapa tahun bekerja dan kian peka tentang keinginan dan kekuatan diri sendiri, sanggupkah kita meluangkan masa bercuti dengan orang yang tidak dikenali selama berhari-hari lamanya dalam keadaan yang tidak selesa?

Itulah yang telah saya lakukan baru-baru ini bersama 15 lagi ahli kumpulan kembara kami. Kumpulan kami terdiri daripada lima wanita Singapura, sembilan warga Malaysia dan dua lagi dari Indonesia.