Premium
Semangat tidak lumpuh bantu pesakit lain
Apr 17, 2016 | 5:30 AM
CEKAL WALAU SAKIT DAN DITINGGAL ISTERI: Pesakit angin ahmar, kencing manis dan gout, Encik Abdul Majid Abdul Salam, berdikari menjalani latihan fisioterapi dengan menggunakan hanya tangan kirinya yang masih berfungsi, sambil diperhatikan pekerja sosial perubatan, Cik Nur Sahara Kamsani. - Foto TAUFIK A. KADER -
BAHAGIAN kanan tubuh Encik Abdul Majid Abdul Salam lumpuh selepas beliau dilanda angin ahmar sekitar 2008.
Tangan kanannya terkulai kaku dengan warga senja itu berusaha sedaya upaya melatih tangan kirinya menyuap makanan atau menulis, sesuatu yang masih payah dilakukan.

