Pencinta tarian Melayu menanti-nantikan temasya Festival Muara 2024 anjuran Era Dance Theatre yang mengumpulkan kumpulan tarian setempat dan Nusantara.

Acara yang mewarnai pentas Teater Luar DBS Foundation di Esplanade dari 1 hingga 3 November itu memberi ruang bagi kumpulan tarian daripada politeknik, universiti serta kumpulan tarian setempat dalam menyemarakkan lagi semangat juang anak seni tanah air dalam melestarikan seni yang dicintai.