KESIBUKAN menyanyi begitu dirasakan naib juara Gegar Vaganza 3, Siti Sarah Raisuddin, akhir-akhir ini.

Sejak kerjaya seninya diurus syarikat pengurusan, jadualnya lebih tersusun tetapi cukup padat sehinggakan beliau pernah tidak balik ke rumah selama seminggu bagi memenuhi undangan persembahan di beberapa tempat.