Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semua anggota BTS bakal jalani latihan tentera

Oct 25, 2022 | 6:30 PM
DARI PENTAS KE PERKHIDMATAN TENTERA: Pihak pengurusan kumpulan BTS, Bighit Music mengumumkan baru-baru ini bahawa tujuh ahli kumpulan itu akan memenuhi perkhidmatan tentera bermula Disember ini. - Foto AFP
DARI PENTAS KE PERKHIDMATAN TENTERA: Pihak pengurusan kumpulan BTS, Bighit Music mengumumkan baru-baru ini bahawa tujuh ahli kumpulan itu akan memenuhi perkhidmatan tentera bermula Disember ini. - Foto AFP -

KEPUTUSAN anggota boyband berasal dari Korea Selatan, BTS untuk menyertai perkhidmatan tentera dalam pada masa yang sama telah menamatkan perdebatan hangat selama empat tahun mengenai sama ada bintang pop terkenal, ahli sukan Olimpik dan ahli muzik yang memenangi anugerah bagi negara, harus dikecualikan daripada tugas ketenteraan. Agensi kumpulan itu, Bighit Music, mengumumkan pada 17 Oktober lalu bahawa tujuh anggota itu "pada masa ini memilih untuk memenuhi perkhidmatan ketenteraan mereka" bermula dengan Jin, anggota tertua kumpulan itu. Beliau dijadualkan mendaftar pada Disember ini. Ramai pemerhati mengalu-alukan keputusan itu, dengan Anggota Parlimen (AP) Encik Chung Jin-suk dari Parti Kuasa Rakyat yang memerintah, mengganggap perkhidmatan tentera sebagai "tugas murni yang dikenakan ke atas setiap anak muda Korea" dan mengatakan ia "ke arah betul untuk mengurangkan (pengecualian khas) sebanyak mungkin". Di bawah sistem kerahan tenaga wajib, semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan mesti berkhidmat dalam tentera selama sekurang-kurangnya 18 bulan, selewatnya pada usia 28 tahun. Pengecualian jarang berlaku dan hanya diberi kepada atlet dan artis klasik yang "mempromosi prestij negara" dengan memenangi sesuatu anugerah dan pertandingan antarabangsa. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg