Alumni AF yang sudah bina nama di Malaysia
JUARA AF 2015 dan usahawan selebriti Sufi Rashid yang mempunyai lagu-lagu 'hit' termasuk di Malaysia seperti Aku Sanggup (5.1 juta strim di Spotify); Kisah Dua Muka (866,000 strim) dan Tiada Pengganti (691,000 strim).
Finalis AF 2013, Aisyah Aziz, boleh mengikut jejak abangnya, juara GV8, Aliff Aziz.
Lagu Mimpi (592,000 strim) dan lagu duet bersama Rizky Febian, Indah Pada Waktunya (53.2 juta strim) adalah yang mendapat sambutan luar biasa.
Rahila Rashun, peserta AF 2016 dan 'Top 7' Dangdut Academy Asia 3 juga ramai pengikut Malaysia dan Indonesia.
Bintang Veteran
SESETENGAH pihak berasakan J. Mizan, 69 tahun, dan Junainah M. Amin, 68 tahun (atas), masih miliki tarikan semberani di pentas.
Nak juga dengar Hari Ini dan Semalam atau Ku Sayang Padamu di pentas GV.
Suara Rok Yang Serba Boleh
DUA juara SG Mania (Musim Pertama dan Kedua), Eiss dan Nana Karia juga boleh diketengahkan sebagai wakil Singapura ke pentas GV.
Kreativiti dan versatiliti Nana, seorang guru vokal, juga menyerlah.
Bintang runut bunyi
LAGU Sarah Aqilah, Biar Hati Mencintai, yang sudah ditonton 45,000 kali di YouTube merupakan runut bunyi drama terkenal yang dibintangi Datuk Aaron Aziz dan Siti Saleha, Nora Elena.
Juara 'The Final One', Farisha Ishak, yang merupakan penyanyi OST Tekan Minyak dan Kek Untuk Kapten, juga boleh memanfaatkan vokalnya yang lunak didengar untuk pentas GV.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg