Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Senarai Peserta GV7

Oct 6, 2020 | 5:30 AM
NORANIZA IDRIS: Ratu Pop Etnik yang dikenali kerana mempunyai tarikan semberani di pentas.
NORANIZA IDRIS: Ratu Pop Etnik yang dikenali kerana mempunyai tarikan semberani di pentas. -

ADA Ratu Irama Tradisional, Noraniza Idris, yang bakal menggegarkan pentas dengan persembahan berdaya tarikan semberani.

Ada kumpulan dangdut empat serangkai Eva yang popular dengan lagu Bulan Cinta.

Tidak lupa pula Haslinda, pelantun lagu terkenal Sehati dan Sejiwa, yang merupakan runut bunyi drama Cinderella (lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham).

Mereka adalah antara yang bakal bertanding dalam peraduan Gegar Vaganza 7 (GV7) yang akan disiarkan di saluran Astro Ria mulai 9 malam, setiap Ahad (Singtel TV, saluran 608).

Ikuti barisan peserta GV7.

AJU SUCCESS

- Penyanyi rok tahun 1990-an dan vokalis kumpulan Success.

- Lagu popular: Ku Basuh Lika Dengan Airmata, Kerana Cinta Ku Turutkan

- Kini usahawan yang menetap di Kelantan dan masih menyanyi di majlis keramaian.

CLIFF UMAR

- Vokalis kumpulan Projek Pistol

- Lagu Popular: Wanita Seluruh Dunia yang merupakan calon kategori 'Lagu Rok Terbaik' Anugerah Industri Muzik (AIM) 2010/2011

- Seorang mualaf yang masih aktif menyanyi Live Band sekitar Kuala Lumpur.

MUS

- Berasal dari Ipoh, Perak

- Lagu popular: Sinar, Gadis Bertudung Putih, Dari Kaca Mata

- Bekas vokalis Kumpulan May (1985 - 1991) & (2002 - 2019)

- Pernah menjadi vokalis kumpulan Wings dan popular dengan lagu Biru Mata Hitamku

NOMAD

- Baru berusia 32 tahun

- Lagu Popular : Tetap Menantimu (runut bunyi Love You Mr Arrogant)

- Peserta program realiti Keynote yang pernah ditayangkan di Astro.

OJA

- Lagu Popular: Dasira

- Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak pada 1990-an

- Vokalis kumpulan Tunable Bands

KUMPULAN INDIGO

- Dianggotai Bad dan Shah

- Lagu Popular: Sehidup Semati (menampilkan Juliana Banos), Andai Kau Pergi, Suraya, Istimewa

KUMPULAN EVA

- Dianggotai Linda, Izzu, Rina, Mimi

- Lagu Popular: Bulan Cinta

- Popular dengan genre dangdut

ASHIRA

- Popular pada awal 2000

- Lagu Popular : Di Ombak Resah, Buat Insan Tersayang (duet bersama Eddie Hamid)

- Aktif menyanyi dalam 'live band' di sekitar Kuala Lumpur & juga di luar negara (Dubai & Abu Dhabi)

AYU DAMIT

- Berasal dari Putatan, Sabah

- Lagu Popular: Hanya Di Mercu

- Merupakan usahawan cili padi hingga digelar Ayu Cili Padi

HASLINDA

- Lagu Popular: Sehati dan Sejiwa

- Popular pada 1998

- Kini menetap di Sabah dan bertugas sebagai jurudandan

LINDA NAWUWIL

Lagu Popular: Jika Kau Kekasih

- Naib Juara Akademi Fantasia 2

- Pernah berlakon filem Gila Gila Pengantin Popular

NORANIZA IDRIS

- Berasal dari Kampung Melayu, Kluang, Johor

- Mendapat jolokan Ratu Etnik Malaysia

- Memenangi Anugerah Juara Lagu (kategori Etnik Kreatif) selama lima kali.

ROZITA IZLYN

- Berasal dari Kedah

- Lagu Popular: Dunia Kita Berbeza, Berbalam Cintaku

- Mempunyai satu lagu duet bersama Aju Success bertajuk Mengapa Sukar Melafazkan Maaf

- Kini bekerja sebagai pegawai di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg