Premium
Senda agama beri imej buruk kepada industri lawak M'sia
Pelawak Douglas Lim antara yang bidas tindakan wanita hina Islam semasa buat persembahan di kelab komedi di KL
Jul 13, 2022 | 5:30 AM

Pelawak Douglas Lim - Foto INSTAGRAM THE DOUGLAS LIM -
KONTROVERSI membabitkan seorang wanita yang mengakui Islam dan "hafal 15 juzuk Al-Quran" dan kemudian menanggalkan tudung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Sabtu lalu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pelawak tempatan, terutama mereka yang cukup sinonim dengan jenaka berkonsepkan komediri.
Sebagai pelawak berpengalaman, pelawak, pelakon dan penyampai radio Fly FM, Douglas Lim mendakwa, tindakan wanita itu sebagai cubaan memberikan imej buruk terhadap industri lawak jenaka tanah air.

