Topic followed successfully
Go to BHkuSeni jambatan insani
Mengembara dunia dengan kanvas, cat dan idea memasyarakatkan seni menjadi bekalan tiga pelukis veteran Melayu - Encik Rosihan Dahim, Encik Abu Jalal Sarimon dan Encik Idris Ali. Apakah yang membuat minda mereka sentiasa aktif menjana karya bermakna meskipun tenaga dimamah usia? Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
PELUANG berdiri sama tinggi dengan pelukis antarabangsa dari Argentina, Poland, Finland dan Mauritius dalam bengkel dan pameran seni visual sedunia tidak akan disia-siakan pelukis veteran Rosihan Dahim.
