Seni tari bawa seniman muda kembara ilmu merata dunia, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Seni tari bawa seniman muda kembara ilmu merata dunia

Nov 25, 2021 | 05:30 AM

JAUH perjalanan, luas pemandangan serta kaya pengalaman.

Dalam tempoh pandemik Covid-19, penari dan jurutari Norhaizad Adam, 34 tahun, amat merindui peluang menghadiri program kembara dan penempatan seni di kota terbilang dunia.

Sebelum ini, kerja seninya menjelajah sejauh Venice, Melbourne, Taipei, Paris, Vienna, Solo dan Cyprus.

Sungguhpun begitu, Norhaizad, yang merupakan pengasas dan pengarah artistik kumpulan seni tari kontemporari P7:1SMA, bersyukur 2021 membawa rezeki yang disyukuri.

Selain bergelar ayah kepada anak yang kini berusia enam bulan, hasil perkongsian hidup dengan penari Hasyimah Harith, beliau juga antara enam penerima Anugerah Seniman Muda, Majlis Seni Kebangsaan (NAC) semalam.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Penerima lain terdiri daripada penerbit dan penggubah lagu Charlie Lim, 33 tahun; pemuzik 'Carnatic' (sistem muzik India Selatan), Chitra Poornima Sathish, 35 tahun; penggiat teater Han Xuemei, 34 tahun; serta pengarah dan penulis naskhah filem, Yeo Siew Hua, 36 tahun.

Anugerah Seniman Muda diperkenalkan pada 1992 bagi menggalak pembangunan bakat artistik di Singapura. Sehingga tahun ini 169 seniman sudah menerima anugerah ini.

Dalam tempoh dua tahun menerima Anugerah Seniman Muda, penerima berpeluang memanfaatkan geran $20,000 bagi menyokong pembangunan dan pemburuan ilmu seni.

Ketika dihubungi menerusi Zoom, Norhaizad, yang bermula dalam bidang seni tari dengan memasuki kumpulan tarian Azpirasi pada 2004, berkata:

"Pengiktirafan ini datang secara tidak diduga. Saya terharu dan bangga menerimanya. Dengan penuh kerendahan hati, saya bersyukur kerana ia pengiktirafan di atas kerja seni yang saya usahakan selama ini.

"Bidang tari bermula hanya sebagai hobi hujung minggu. Saya banyak belajar daripada Cikgu Azmi Juhari di Azpirasi.

"Beliaulah mentor tari dan kehidupan yang selalu menasihati dan beri saya bimbingan serta marah-marah sayang dalam memastikan saya ada arah tuju dalam kerjaya tari saya.

"Bukan mudah meyakinkan ibu bapa saya bahawa inilah kerjaya yang saya ingin bina di Singapura. Mereka risaukan masa depan dan penakatan saya sebagai anak seni sampai hari ini. Alhamdulillah, apabila membaca berita tentang kerja seni saya di suratkhabar, mereka yakin bahawa saya bekerja keras membina kerjaya saya dan menjana rezeki buat keluarga.

"Nak bangunkan P7:1SMA sebagai syarikat persembahan baru pun tidak mudah sebab kami nama baru dalam industri tari Melayu dan kontemporari. Kami juga perlu fikirkan soal modal dan penjanaan idea untuk terus bertahan."

Norhaizad merupakan lulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik, Komputer dan Komunikasi di Politeknik Nanyang (NYP).

Tanpa latar belakang dan pengetahuan mengenai tarian Melayu, beliau setapak demi setapak mengembangkan ilmunya dan rajin menjelajah dunia mahupun meneroka unsur sinematik tarian dalam filem tari.

"Awalnya, saya setakat mencuba nasib bagi program penempatan seni di Vienna, Austria. Selama sebulan, saya berada di rantauan. Pengalaman itu membuka minda saya sebagai seniman tari.

"Saya ikuti kelas tarian kontemporari, kelas jurutari, meditasi dan sebagainya. Sebagai sebahagian program penempatan seni ATLAS di Pesta Tarian Antarabangsa Vienna, ImPuls Tanz, saya pentaskan karya saya, Belon, yang kemudian disajikan di The Substation dan Bandung," jelasnya.

Ditanya apakah yang ingin dilakukan dengan geran Anugerah Seniman Muda itu, Norhaizad berkata beliau ingin terus menimba ilmu bagi memperkasa pengetahuannya tentang seni tari dan pementasan.

"Isteri adalah pengkritik paling kuat kerja seni saya. Saya berterima kasih kepadanya kerana selalu memberi teguran membina.

"Harapan saya, lebih ramai anak Melayu Singapura akan berusaha untuk menyisip makna pada hasil koreografi atau kerja seni mereka dan ketengahkan karya mereka di Esplanade atau Pesta Seni Antarabangsa Singapura (Sifa)," kongsinya yang akan membuat persembahan solo Ronggeng serta terlibat secara kumpulan dalam projek Muzium Seni Singapura (SAM) di kelompok seni Tanjong Pagar Distripark tahun depan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map