Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MINGGU SENI SINGAPURA

Seniman arca bunyi ajar warga emas berseni

Di sebalik kesulitan pandemik Covid-19 dengan pelbagai langkah jarak selamat perlu diperhatikan, penggiat seni visual dan bunyian mengatasi segalanya malah meraih ilmu baru dalam terus menjana seni. BERITA HARIAN melaporkan kisah mereka yang mewarnai Minggu Seni Singapura yang berlangsung di serata pulau antara 22 Januari lalu dengan 30 Januari ini.
Jan 27, 2021 | 05:30 AM



ILMU seni pemasangan bunyi yang dimiliki Encik Zulkifle Mahmod bukan setakat dimanfaatkan bagi menghasilkan kerja seni yang menakjubkan buat tatapan dan pendengaran ramai.



Sebaliknya, apabila wabak Covid-19 melanda, Encik Zulkifle, 45 tahun, menyedari ia dapat dikongsi buat warga senja redakan tekanan dan semai naluri positiviti dalam mengharungi tempoh sukar.



Beliau begitu terharu dapat menghasilkan karya seni Emotional Frames dengan bantuan 16 warga emas bagi Projek Warga Emas dan Seni Kontemporari 2021.



Pameran yang dipersembahkan Muzium Seni Singapura dengan kerjasama persatuan warga emas, Society For The Aged Sick, kini berlangsung di Pusat Pengunjung Nassim Gate di Kebun Bunga dari 22 Januari lalu hingga 28 Februari ini.



Diadakan antara 10 pagi dengan 10 malam setiap hari sempena Minggu Seni Singapura (SAW), ia disokong Agensi Jagaan Bersepadu, RSVP Singapore dan Kebun Bunga Singapura.



Anda juga boleh menyaksikan sketsa kenangan alam semesta, Light and Lines oleh pelukis Encik Justin Lee dan kerja seni yang dipengaruhi alam menghijau dan suasana desa, Modelling A Neighbourhood oleh Cik Tang Ling Nah (di Green Pavilion, Tanglin Gate).



SAW pula adalah inisiatif bersama Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dalam meraikan dan memasyarakatkan seni dari 22 Januari lalu hingga 30 Januari ini.



Ketika dihubungi menerusi aplikasi Zoom, Encik Zulkifle yang mengendalikan bengkel menghasilkan kerja seni buat warga emas bagi projek ini berkata, karya kali ini dipadankan daripada karya terdahulunya pada 2015, Raising Spirits and Restoring Souls.



Karya itu juga merupakan antara penyeri pameran Jubli Emas Muzium Seni Singapura, 5 Stars: Art Reflects On Peace, Justice, Equality, Democracy and Progress.



Pameran itu juga sempena Jubli Emas Singapura (SG50).



"Kali ini, saya perlu fikirkan bagaimana saya dapat menjadikan bahan seni berupa orkestra paip ini tampil dalam skala lebih kecil dan mudah dipindah alih.



"Kalau dahulu kita gunakan tembaga, saya perlu fikirkan bahan yang lebih mudah diuruskan warga emas. Maka, tembaga digantikan dengan paip PVC yang mudah diperolehi di rumah," katanya.



Projek kali ini melibatkan bingkai dengan empat penjuru serta menggunakan warna sebagai respons emosi warga emas dalam beberapa fasa kehidupan.



"Dalam projek ini, saya membawa mereka meninjau tempoh praCovid-19, apakah keperluan mereka atau kenangan mereka sewaktu meniti usia kanak-kanak?



"Kemudian kita bawa mereka lihat tempoh Covid-19 pula. Menerusi penggunaan warna, mereka boleh berikan gambaran tentang emosi mereka, misalnya merah untuk marah dan kuning untuk gembira," ceritanya lagi.



Encik Zulkifle mendapati antara cabaran yang dihadapi adalah mengajar dari jauh dengan sesetengah warga emas didapati tidak begitu mesra teknologi maklumat dan kadangkala tidak tahu di mana harus mereka fokus sepanjang latihan ini.



Kadangkala rangkaian komputer juga agak perlahan dalam sesi dalam talian ini.



Sungguhpun begitu, Encik Zulkifle gembira dan belajar tentang usaha menyemai semangat positif yang menebal dalam diri warga emas ini dalam apa jua tempoh cabaran.



"Ilmu seni pemasangan bunyian yang saya miliki bukan bagi kegunaan peribadi tetapi untuk dikongsi.



"Apabila saya dapat maklum balas mereka gembira dengan apa yang dapat dihasilkan bagi mengubati kebosanan tidak dapat keluar dari kediaman mereka, ia sesuatu yang saya syukuri," katanya yang masih menerima tugasan kerja seni buat rakan kerjasama di luar negara.



Sebelum Covid-19 melanda, beliau berada di Slovenia bagi satu acara seni melibatkan karyawan seni antarabangsa.



"Kini semua orang lalui tempoh sukar dengan sekatan kembara bukan sahaja golongan seniman seperti saya.



"Memang saya rindui warnai ruang seni di luar negara sambil bawa nama Singapura ke sana. Tapi apa yang saya syukuri adalah peluang menjalankan kerja kemasyarakatan sebagaimana yang diusahakan buat warga emas.



"Ini satu cara seni dapat dimasyarakatkan kepada golongan bukan seniman. Saya juga berharap SAW dapat diperluaskan bukan sahaja pada Januari. Mudah-mudahan setiap bulan, kita masih ada acara seni bagi memberi ruang masyarakat menghadam karya penggiat seni Singapura," tambah Encik Zulkifle.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >