Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seniman berbilang disiplin Rizman Putra kagumi Mat Sentol

Aug 15, 2022 | 4:15 PM
812e11ea-2ccd-4a76-b356-ef22f425ee63
- Mediacorp Suria

SENIMAN Singapura berbilang disiplin Rizman Putra boleh dianggap veteran acara Pesta Malam Singapura (SNF) dan terlibat dalam kegiatannya sejak edisi pertama hampir dua dekad lalu. Beliau pernah bertindak selaku 'shaman' atau ketua gelanggang yang membawa kumpulan genderang Bloco Singapura masuk gelanggang persembahan. Bersama band Tiramisu, Rizman, kini 44 tahun, juga pernah membuat persembahan di luar Substation sambil melihat keseronokan penonton makan durian percuma beramai-ramai. Namun pada Jumaat ini (19 Ogos), satu lagi tugas baru sempena SNF menanti Rizman di lelapang Cathay Green (depan bangunan The Cathay) yang diubah suai menjadi set persembahan unik 'Cathay Hotel: The Curse of the Missing Red Shoe'. Kali ini, Rizman adalah 'tauke panggung' yang wataknya dipadankan daripada watak ASP Latiff dalam filem klasik Cathay-Keris pada 1961, 'Sumpitan Beracun'. Melalui filem yang ditonton, beliau telah mengkaji gerak-geri Datuk S. Roomai Noor, peneraju asal watak ASP Latiff dalam filem itu. Baca laporan penuh di Berita Harian esok (16 Ogos).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg