Sekitar 473 juta, atau lebih seorang dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di serata dunia, menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak PBB (Unicef).

Kenyataan Unicef itu dikeluarkan pada 28 Disember 2024 sedang konflik terus berleluasa di seluruh dunia, termasuk di Gaza, Sudan dan Ukraine.