Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Seronok makan angin di SG

Sep 6, 2020 | 5:30 AM
TEROKA JEWEL DAN LAPANGAN TERBANG CHANGI: Lompat setinggi-tinggi di Manulife Sky Nets yang terletak di Jewel, bermain sembunyi-sembunyi di pagar sesat (maze) atau teroka Lapangan Terbang Changi dalam Studio Pengalaman Changi. Anda juga boleh membawa anak anda bersiar-siar secara santai di taman berwarna-warni di Canopy Park di Jewel. Taman Permainan bertemakan Sanrio dan Slide@T3, yang juga gelongsor paling tinggi di lapangan terbang juga dibuka mulai 4 September. Bagi promosi terkini di Lapangan Terbang Changi dan Jewel, lungsuri https://bit.ly/CAgreatdeals atau lelaman Facebook mereka. - Foto ZAOBAO
TEROKA JEWEL DAN LAPANGAN TERBANG CHANGI: Lompat setinggi-tinggi di Manulife Sky Nets yang terletak di Jewel, bermain sembunyi-sembunyi di pagar sesat (maze) atau teroka Lapangan Terbang Changi dalam Studio Pengalaman Changi. Anda juga boleh membawa anak anda bersiar-siar secara santai di taman berwarna-warni di Canopy Park di Jewel. Taman Permainan bertemakan Sanrio dan Slide@T3, yang juga gelongsor paling tinggi di lapangan terbang juga dibuka mulai 4 September. Bagi promosi terkini di Lapangan Terbang Changi dan Jewel, lungsuri https://bit.ly/CAgreatdeals atau lelaman Facebook mereka. - Foto ZAOBAO -

Cuti sekolah September sudah pun tiba, tetapi tentunya tidak sama seperti tahun-tahun lalu. Lazimnya, waktu cuti sekolah adalah peluang bagi keluarga membawa anak-anak mereka makan angin di luar negara, tidak kira menaiki pesawat ke negara jauh atau merentas Koswe yang sesak. Namun, pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup warga Singapura, dan menyekat perjalanan untuk meninggalkan sempadan negara ini. Bagaimanapun, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama anak-anak tersayang di tanah air sendiri. Malah, pemerintah telah melancarkan kempen bagi menggalakkan warga penduduk berbelanja bagi menyokong perniagaan di sini. Bagi mereka yang tidak sempat menempah 'staycation' bagi cuti sekolah September ini, masih terdapat pelbagai tawaran untuk mengunjungi tarikan di serata Singapura. BERITA MINGGU berkongsi lima perkara anda boleh lakukan bersama keluarga anda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg