SEAWAL usia 16 tahun lagi, Cik Janna Jauhar sudah dilatih ibunya, usahawan Cik Maimunah Ali, agar ke Kuala Lumpur dan Jakarta seorang diri untuk bertemu tukang jahit atau pembekal busana butik Mona J milik keluarganya.

Menyifatkan dirinya sebagai wanita berani, yakin dan mudah menyesuaikan diri, Cik Janna, kini 31 tahun, tiada masalah mengembara ke luar negara tanpa berteman.