Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai acara Zumba di Our Tampines Hub

Aug 1, 2018 | 5:30 AM
KEGIATAN SIHAT: Zumba Ahad ini akan dipimpin kumpulan Nawal Haddad Fitness yang diketuai Cik Nawal Alhaddad (tengah) di Our Tampines Hub. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL
KEGIATAN SIHAT: Zumba Ahad ini akan dipimpin kumpulan Nawal Haddad Fitness yang diketuai Cik Nawal Alhaddad (tengah) di Our Tampines Hub. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -

ACARA zumba anjuran Berita Harian (BH) dan Our Tampines Hub (OTH) edisi kali ini bakal menyaksikan penampilan tiga pengendali rutin zumba dan 10 jurulatih oleh kumpulan Nawal Haddad Fitness.

"Menikmati pagi Ahad yang 'sihat' dan dikelilingi pelatih zumba dengan muzik yang menyeronokkan tanpa henti selama 45 minit pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan," kata pemimpin kumpulan Nawal Haddad Fitness, Cik Nawal Alhaddad.

Acara zumba Ahad ini, 5 Ogos, merupakan acara berinovatif untuk menggalak masyarakat menjalankan kegiatan riadah, mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan.

"Trend gaya hidup sihat yang semakin popular terutama dalam kalangan penduduk mendorong warganya untuk menyertai pelbagai program berbentuk riadah pada hujung minggu.

"Acara zumba kali ini ini juga menjadi satu daripada pemacu utama kami untuk menyokong BH-OTH.

"Senaman kini bukan sahaja tertumpu kepada beberapa gerakan konvensional tetapi ditambah dengan pelbagai elemen moden menjadikannya semakin seronok," ujar Cik Nawal lagi.

Senaman zumba ini menggabungkan teknik senaman dan tarian menggunakan lagu rancak dalam satu gerakan.

Senaman zumba menggabungkan 40 peratus elemen kecergasan, 30 peratus tarian dan 30 peratus pergerakan aerobik bagi memastikan seseorang itu menggunakan sepenuhnya tenaga dalam badan untuk melawan graviti, ujar Cik Nawal.

"Jika senaman ini dilakukan dengan sebaik-baiknya selama sejam, ia boleh membakar sebanyak 1,000 kalori," katanya lagi.

Acara senaman beramai-ramai, Sihat Berzumba, anjuran bersama BH, OTH dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) ini antara langkah utama menyokong usaha yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat.

Ia akan diadakan di gelanggang tenis di Arena OTH mulai 9.30 pagi..

Mereka yang berminat sila hadir ke acara ini bersama rakan dan keluarga Ahad ini.

Tiada bayaran dikenakan dan peserta hanya perlu memakai pakaian senaman yang sesuai.

Kali pertama Sihat Berzumba diadakan adalah September tahun lalu.

Selepas acara itu, BH dan OTH giat menganjurkan acara susulan, termasuk senaman aerobik dan tunjuk cara masak sihat pada Oktober, November dan Disember lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg