SEDANG sebahagian ibu bapa yakin makanan yang diambil anak kecil mereka membekalkan zat yang diperlukan bagi pembesaran, ada juga yang bergantung kepada susu formula bagi melengkapi pemakanan si kecil.

Ibu-ibu yang diwawancara Berita Harian baru-baru ini terbahagi kepada mereka yang merancang memberi anak susu formula sehingga agak besar, dan mereka yang berhenti memberi susu formula sebaik anak mereka mula memakan pelbagai jenis makanan.