Premium
Shabir tempa nama di Kollywood
Bintang 'Vasantham Star 2005' kini tebar sayap ke India
Aug 3, 2016 | 5:30 AM

CIPTA LAGU BUAT FILEM: Penggubah lagu dan penyanyi Mohammed Shabir Tabare Alam menulis lirik dan menggubah tujuh lagu bagi filem 'Sagaa', yang bakal ditayangkan di pawagam sekitar Disember ini. Beliau juga menyanyikan empat daripada lagu tersebut. - Foto ihsan MOHAMMED SHABIR TABARE ALAM -
JUARA peraduan nyanyian realiti Vasantham Star pertama, Mohammed Shabir Tabare Alam, yang berjaya menghasilkan lagu buat filem Kollywood, kini sudah melangkah ke industri filem Tamil di India.
Penggubah lagu dan penyanyi itu menulis lirik dan menggubah tujuh lagu bagi filem Sagaa, yang bakal ditayangkan di pawagam sekitar Disember ini.

