Premium
Shah Rukh berpijak di bumi nyata
'Raees' buka mata tentang hitam putih kehidupan samseng kecilan yang ditakuti tapi disayangi
Jan 22, 2017 | 5:30 AM
AKSI GARANG: Shah Rukh Khan tidak segan belajar dan mencedok pengalaman baru daripada pelakon lebih muda seperti Mahira Hafeez Khan, Nawazuddin Siddiqui dan Mohammed Zeeshan Ayyub yang berpengalaman menjayakan watak-watak lebih realistik berdasarkan kisah sebenar. - Foto BOLLYWOOD LIFE -
TAMPIL dengan wajah garang dan terluput senyum manis daripada bibirnya sudah menjadi kebiasaan setiap kali Raja Bollywood, Shah Rukh Khan, menerajui watak ketua mafia penyeludup dadah atau don yang berkuasa luar biasa lagi kaya raya dalam filem aksi jenayah seperti Don: The Chase Begins.
Bagaimanapun, beliau tidak pernah diserahkan amanah sebagai 'samseng kampungan' yang jauh lebih realistik berlatarbelakangkan kota Gujarat di India pada tahun 1980-an hingga awal 1990-an.

