Premium
Shahril seronok mainkan pelbagai watak
Nov 13, 2016 | 5:30 AM
BAWA KEPUASAN: Bidang lakonan bermula sebagai satu hobi bagi pelakon dan pengacara Shahril Wahid tetapi beliau terus meminatinya kerana mendapat kepuasan menghidupkan pelbagai watak. Gambar sisipan semasa beliau memainkan peranan anak yang menghidap palsi serebral dalam drama 'Gerimis Di Hati'. - Foto KHALID BABA -
KESERONOKAN menjadi seorang pelakon ialah kesempatan memainkan watak yang berlainan daripada diri sendiri.
Lantaran itu, pelakon dan pengacara Shahril Wahid - yang dikenali sebagai character actor atau pelakon yang berbakat melakonkan aneka watak manusia - gembira mendapat peluang melakonkan watak mencabar seperti anak cacat yang menghidapi kelumpuhan otak akibat masalah saraf (palsi serebral) dalam drama sayu Gerimis Di Hati hingga watak mencuit hati bernama Firman dalam drama Menantu International.

