Topik diikuti
Pergi ke BHkuSharifah Noor Idros jalani terapi lepas strok
Mereka pernah menyinari kehidupan kita satu ketika dahulu dengan gelak ketawa mereka, pengetahuan yang dikongsi serta keriangan memutarkan lagu kegemaran ramai. Itulah tugas mantan penerbit radio, yang nama mereka masih dikenang sehingga hari ini. Namun, selepas bersara, apakah yang mereka lakukan? Bagaimana pula dengan keadaan mereka? Berita Minggu melaporkan.
1 of 4
Sharifah Noor Idros jalani terapi lepas strok
DENGAN perlahan-lahan mantan penerbit radio dan hos televisyen, Sharifah Noor Idros Albar, mengeja apa yang ingin diberitahunya kepada wartawan.
Beliau mengeja bukan menggunakan mulut tetapi dengan kerdipan mata.
