Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sharifah Sakinah dah kahwin dengan jejaka Sweden

Feb 8, 2022 | 5:30 AM
STATUS HUBUNGAN SUDAH TERJAWAB: Sakinah dan suami kini mengusahakan pusat kecergasan Hemmafit. - Foto INSTAGRAM SHARIFAH SAKINAH
STATUS HUBUNGAN SUDAH TERJAWAB: Sakinah dan suami kini mengusahakan pusat kecergasan Hemmafit. - Foto INSTAGRAM SHARIFAH SAKINAH -

AKHIRNYA terjawab tentang status hubungan pelakon Sharifah Sakinah dan jejaka Mat Saleh bernama Michael Hansen, rupa-rupanya mereka sudah sah bergelar suami isteri.

Kata Sakinah atau nama sebenarnya ialah Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, beliau tidak memaklumkan tentang perkahwinan ini atas beberapa faktor peribadi.

"Disebabkan ramai yang bertanya, iya, kami sudah berkahwin. Terima kasih kepada rakan kongsi dan suami atas sokongan yang diberi terhadap penubuhan Hemmafit (pusat kecergasan).

"Kepada mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tidak umumkan perkahwinan kami, ia adalah kerana terlalu peribadi selain perkara membabitkan agama.

"Jadi, kami lebih selesa tidak menghebohkannya. Tetapi sekarang, kami sudah rasmi bergelar suami isteri. Jadi tidak perlu tanya lagi," luahnya, tukil Berita Harian Malaysia (BHM).

Hubungan percintaan mereka bukan lagi satu rahsia apabila mereka dilihat kerap memuat naik foto di laman sosial masing-masing.

Biarpun pengumuman terbaru itu mengejutkan ramai pihak, namun adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira ini tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Perkongsian pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu mendapat maklum balas positif dan ucapan tahniah dari pengikut dan rakan selebriti termasuk kakaknya, Sharifah Shahira yang sempat bergurau mengenai rupa paras adik iparnya di ruangan komen.

Pada 5 Mac tahun lalu, Sakinah memaklumkan sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak 2020.

Malah, Sakinah juga mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada Mei tahun berkenaan bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42 tahun, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 dan bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Anais Adha yang berusia lima tahun.

Meninjau di ruangan komen hantarannya di Instagram itu, rata-rata netizen serta rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Dalam pada itu, Sakinah turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pusat kecergasan khas untuk wanita yang ditubuhkan mereka sejak setahun lalu.

"Selamat ulang tahun pertama Hemmafit! Teringat lagi masa mula-mula 'start' dulu sebagai Fitnessakinah dengan niat nak tolong orang, buat kelas tanpa caj.

"Kemudian pandemik melanda dan lebih ramai orang perlu bekerja dari rumah, makin lama makin bertambah ahli dan akhirnya Hemmafit ditubuhkan.

"Tambah modal, peralatan, jurulatih dan pakar nutrisi dan komitmen daripada 'equipments' (peralatan), 'trainers' (jurulatih), komitmen daripada Sakinah setiap hari.

"Terima kasih rakan kongsi dan suami atas sokongan dan logistik Hemmafit sejak hari pertama kelas kita bersama," katanya di akaun Instagramnya.

Sebelum ini, Sakinah pernah ditukil Media Hiburan sebagai berkata beliau rasa gembira apabila fasa perkenalan mereka berjalan dengan harmoni.

"Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir sembilan bulan. Sejujurnya juga, kami sebenarnya sudah bertunang. Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis itu nanti. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael. Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, insya-Allah," katanya ketika itu.

"Disebabkan ramai yang bertanya, iya, kami sudah berkahwin. Terima kasih kepada rakan kongsi dan suami atas sokongan yang diberi terhadap penubuhan Hemmafit (pusat kecergasan). Kepada mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tidak umumkan perkahwinan kami, ia adalah kerana terlalu peribadi selain perkara membabitkan agama. Jadi, kami lebih selesa tidak menghebohkannya. Tetapi sekarang, kami sudah rasmi bergelar suami isteri. Jadi tidak perlu tanya lagi." - Sharifah Sakinah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg