Sharon kongsi kisah 'hantu' dan nilai keluarga dalam buku kanak-kanak
Premium
Sharon kongsi kisah 'hantu' dan nilai keluarga dalam buku kanak-kanak
Mereka sudah dikenali dalam cabang hiburan, baik dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan mahupun lawak jenaka. Berbekalkan keinginan berkongsi pengalaman silam mahupun demi menyumbang kepada masyarakat, beberapa selebriti berikut termasuk pengacara dan pelakon setempat, Sharon Ismail, menceburi bidang penulisan buku kanak-kanak. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
Jan 24, 2017 | 5:30 AM
INGATKAN GENERASI MUDA: Selebriti setempat, Sharon Ismail (kiri), menulis buku kanak-kanak, 'The Ghost With Dirty Feet', dengan bantuan ilustrasi teman pengacara, Khairudin Saharom, bagi renungan kanak-kanak. - Foto ihsan SHARON ISMAIL -
SEGALANYA datang secara tidak dirancang buat pengacara dan pelakon drama Interns, Sharon Ismail.
Beliau sama sekali tidak menduga dirinya yang kini tenaga pengajar di Politeknik Ngee Ann, mampu menceburi bidang penulisan buku kanak-kanak mahupun membangun idea bagi menerbitkan buku keduanya.

