Topik diikuti
Pergi ke BHkuSHEILA MAJID: Artis Melayu 'Boleh'...
Premium
SHEILA MAJID: Artis Melayu 'Boleh'...
Apr 25, 2017 | 5:30 AM
SHEILA MAJID: Artis Melayu 'Boleh'...
SHEILA MAJID: Akan tampil mengadakan konsert 'Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017' di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 5 Ogos. Sheila juga telah menghasilkan album terbarunya bertajuk 'Boneka'. - Foto UNIVERSAL MUSIC -
SIAPA kata artis Melayu tidak mampu menghasilkan konsert skala besar persis artis Barat yang dapat menarik pujian ramai dan menjadi tular di media sosial?
Jika diberi peruntukan bajet yang besar persis yang dilaburkan buat konsert seperti Coldplay dan Adele, kesan audio dan visual menakjubkan masih boleh dikecapi penonton konsert artis Melayu, kata Ratu Jaz Malaysia, Datuk Sheila Majid. Pokoknya, ujar beliau, keyakinan pada kebolehan dan bakat besar penghibur tempatan harus terus dipupuk.
