Premium
Sherry Ibrahim dilamun cinta?
Pengalaman putus kasih dahulu buat pelakon ini lebih hati-hati dalam soal percintaan
May 31, 2022 | 5:30 AM
SHERRY IBRAHIM: Enggan bercerita mengenai kisah cintanya dan hanya akan mendedahkan identiti lelaki selepas mempunyai ikatan yang sah. - Foto INSTAGRAM SHERRY IBRAHIM -
KUALA LUMPUR: Kekecewaan akibat ditinggalkan sang kekasih membuatkan pelakon Sherry Ibrahim lebih berhati-hati dalam soal jodoh.
Pada usia melewati hujung 30-an, Sherry tidak mahu membuang masa dengan lelaki yang salah. Malah, Sherry juga enggan terlalu mendedahkan kisah cinta andai bertemu lelaki yang boleh dijadikan calon suami.

