Premium
Sherry nafi lagu ada kaitan dengan kisahnya putus cinta
Dec 7, 2016 | 5:30 AM
PUTUS DI TENGAH JALAN: Percintaan Sherry Ibrahim dengan pelakon Fattah Amin terputus di tengah jalan. - Foto MSTAR ONLINE -
PELAKON dan penyanyi Sherry Ibrahim menafikan muzik video single pertamanya berjudul Seikhlas Cinta, ada kaitan dengan kisah percintaannya dengan pelakon Fattah Amin yang terputus di tengah jalan.
Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 33 tahun, berkata definasi cinta pada lagu berkenaan bukan ditujukan kepada kekasih, sebaliknya kepada Tuhan, keluarga dan sahabat.

