Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shidee, Ani terbuka terima penyingkiran

Jan 18, 2022 | 5:30 AM
ADAT PERTANDINGAN: Bintang GV8 yang tersingkir di peringkat separuh akhir, Shidee (kiri) akur faktor lambat menghadam lirik menjadi kelemahannya, manakala Ani Maiyuni (kanan) pula sentiasa bersedia untuk tinggalkan pentas setiap minggu kerana akur apa-apa boleh jadi dalam persembahan 'live'.
ADAT PERTANDINGAN: Bintang GV8 yang tersingkir di peringkat separuh akhir, Shidee (kiri) akur faktor lambat menghadam lirik menjadi kelemahannya, manakala Ani Maiyuni (kanan) pula sentiasa bersedia untuk tinggalkan pentas setiap minggu kerana akur apa-apa boleh jadi dalam persembahan 'live'. -

PERJALANAN penyanyi dangdut, Ani Maiyuni dan bintang veteran Shidee di Gegar Vaganza 8 (GV8) terhenti di peringkat separuh akhir kelmarin.

Menurut ketua juri, Datuk Ramli MS, panel pengadil sebulat suara akur bahawa dengan markah terendah dan kedua terendah yang mereka perolehi, itu adalah penyebab mereka disingkirkan.

Ani menerima markah 61 peratus manakala Shidee pula meraih 58.3 peratus.

Tanda tanya mengapa Ani, 43 tahun, yang menghiburkan dengan lagu Aina Abdul, Sumpah, serta lagu Jennifer Lopez, Let's Get Loud, tersingkir mula membahangkan wadah Twitter sejak kelmarin.

Boogeyguy menulis: "Agak terkejutlah Ani Maiyuni tersingkir. Persembahannya malam ini jauh lebih baik daripada Kak Adibah. Mungkin pengadil tengok konsistensi keseluruhan peraduan dari minggu pertama."

Eb pula menambah: "Apa? Ani Maiyuni tak lepas ke 'final'? Ini gila ni... Persembahannya malam ini lebih baik daripada beberapa orang yang dipilih ke enam tangga teratas."

Ramli menjelaskan di sidang media lewat malam kelmarin:

"Shidee memang dijangka kerana tidak ingat lirik. Ani pula, bagi kedua-dua lagu, tidak begitu baik.

"Baik lagu perlahan atau cepat, macam berlenggang-lenggang. Kami sebulat suara tengok markah mereka dan rasakan proses pelaksanaan persembahan itu tidak begitu baik."

Mengulas penyingkirannya, Shidee berkata:

"Saya tak gugup. Saya selalu kata, lirik agak susah bagi saya nak 'catch up'. Bukan mudah nak masukkan dalam diri kita. Kalau saya dah hadam lirik dengan baik, baru saya boleh nyanyi.

"Dalam saya rasa tak semestinya saya ke 'final', kadang nak pergi juga. Tapi apabila lirik dah tersalah, kita tahulah tapi saya percaya pengadil buat keputusan betul."

Ani pula berpesan kepada penyokongnya agar tidak bersedih sebab penyingkirannya bukan bererti kerjayanya setakat di sini.

"Selepas dua tahun di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita masih boleh berjumpa, buat 'show' dan berkumpul.

"Masa sepanjang GV8 ni sangat terhad. Setiap hari jadual terisi. Hanya ada satu hari cuti. Nak kata sedih, saya kena terima hakikat pertandingan. Saya selalu bersedia untuk berundur setiap minggu bukan kerana tidak yakin tetapi apa-apa boleh jadi dalam program 'live'.

"Bila latihan nampak sempurna, tapi dalam acara 'live', 'vibes' jadi lain. Juri dengar dengan lebih teliti. Saya terima dan hargai sokongan semua," ujarnya positif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg