Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Shila Amzah tunggu bakal ibu mentua keluar hospital sebelum bernikah

Jul 19, 2023 | 01:07 PM



Penyanyi Shila Amzah, 33 tahun, memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Ubai, yang merupakan seorang pempengaruh sosial pada Ogos depan.

Bagaimanapun, ibu tunggal seorang anak itu berkata tarikh sebenar pernikahan bersama Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli hanya akan diumumkan selepas bakal ibu mentuanya, yang menghidap barah ovari, keluar hospital.

“Tarikh memang sudah dekat, cuma ibu mentua masih di hospital. Jadi selagi itu, belum boleh dedahkan apa-apa lagi. Lepas ibu mentua keluar hospital, baru kita akan umumkan tarikh dan kami akan buatlive dalam media sosial. Ibu mentua saya masih perlu menjalani radioterapi terakhir dan proses kemoterapi yang keenam.


“Jadi selepas itu, baru kita boleh lihat bagaimana keadaannnya sebab ibu mentua memang berhasrat untuk berada bersama semasa majlis pernikahan kami nanti,” katanya dalam laporan laman Utusan Malaysia selepas sidang akhbar konsert Rockmantic Night Judika & The Gang di Pavilion pada Selasa.


Disoal persediaan menjelang hari bahagia, penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata segala persiapan berjalan seperti biasa kerana semua urusan penting perlu diselesaikan pada Ogos depan, sebelum beliau bertolak ke China pada September.


Shila malah bersyukur kerana mempunyai bakal mentua yang sangat baik serta sentiasa memberikan sokongan terhadap segala keputusan yang mereka lakukan.

“Saya rapat dengan bakal ibu mentua. Malah, kalau ada perancangan untuk berpindah ke China (tuntutan kerjaya) beliau sentiasa bagi galakan. Saya sudah seperti anaknya sendiri.

“Apa pun, kami akan utamakan kesihatan ibu mentua terlebih dahulu. Tarikh dan borang nikah semua sudah selesai,” katanya.

Bakal mentua Shila, Cik Rohani Jamal, 52 tahun, disahkan menghidap barah ovari tahap tiga sejak enam bulan lalu yang turut mengakibatkannya tidak dapat berjalan.

Ubai pula bagai ditimpa dugaan bertubi-tubi selepas adik lelaki yang menjaga ibu mereka pula meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada 3 Mei lalu.

Pada Mei lalu, Ubai dah Shila mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar pertunangan mereka dalam media sosial.

Sebelum ini, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais, kini tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >